Pilihan Korban di Bumi Barakah, Lebih Mudah & Murah, Inisiatif Pusat Asuhan Tunas Islam Malaysia (PASTI) & Aqiqah4u.my, turut ditawarkan Pakej Aqiqah & Dam.
Sasaran misi 1 Keluarga 1 Qurban untuk tahun 2024. Qurban di Tanah Suci Mekah adalah satu pilihan, pilihan yang lebih mudah & murah. Turut ditawarkan Aqiqah & Dam.
Dengan kemudahan borang tempahan, Pelanggan boleh memilih Pilihan Pakej Korban, Aqiqah mahupun Dam, pembayaran dan terus mengakui Akad Perwakilan (Wakalah) dan Pembelian (Salam)
Pilihan Pembayaran Mudah:
Qurban anda akan dilaksanakan pada Hari Tasyrik, manakala Dam akan dilaksanakan 2 minggu selepas musim haji selesai dan aqiqah boleh dilakukan bila-bila masa, pelaksanaan tanpa prejudis dan gharar
Dari sembelihan sehingga agihan, akan diselesaikan 100% bagi pihak anda, seperti mana kaedah fiqh yang masyhur ada menyatakan “إذا ضاق الأمر اتسع” Maksudnya: Apabila suatu perkara / keadaan menjadi sempit, maka ia diperluaskan.
Akad yang diguna pakai adalah akad salam (tempahan) dan akad wakalah (mewakilkan), mengikut syarat-syaratnya.
Akad Wakalah (وكالة) ialah suatu akad muamalah dengan pemberian kuasa Pihak Pertama kepada Pihak Kedua untuk menjalankan sesuatu urusan selari dengan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Bai’ al-salam (بيع السلم) ialah jual beli secara tangguh dengan bayaran harga secara tunai, spesifikasi barangan dan khidmat yang dibeli adalah jelas dan akan diserahkan pada masa hadapan.
Tidak memotong kuku dan rambut bermula 1 Zulhijjah sehingga selesai sembelihan qurban.
Anda akan menerima Notifikasi SMS dan juga Laporan Pelaksanaan Qurban
B - 01 - 07, Savanna Lifestyle Retails, Jalan BBLS 2, Bandar Baru Lembah Selatan, 43800 Dengkil, Selangor